About Me

My photo
I pledge allegiance to no one except only to "God, King and Country". Honestly speaking, I'm extremely pissed with people of "immigrant mentality" who has long been granted citizenship regardless of their race or descent and yet they seek to alter the written and unwritten laws of my beloved sovereign land ("Malay"sia) unjustifiably without conditioning themselves to deserve better. This resentment also extends to those who are obsessed with party based politics which I think is just another form of mindless gangsterism inherited and touted from our once western colonial invaders to keep us ideologically divided and in constant disarray even after long they've left these lands.

Saturday, September 4, 2010

PNB... Permodalan Nasional Berhad atau Polisi Nan Bodoh? Terdapat pegawai "Melayu" bangsat di pihak atasan PNB

"Malanglah bagi apa-apa bangsa sekalipun kalau dikurniakan dengan golongan orang-orang yang malas nak berfikir, nak buat kerja senang, nak ambil jalan mudah dan yang bermentalitikan makan gaji." - Mungkin juga istilah "bangsat" dalam perkataan Melayu terbit dari perkataan "bangsa" untuk merujuk kepada golongan ini yang sering menyusahkan dan merosakkan bangsa sendiri.

Inilah masalah "Melayu"... Cakap tak serupa bikin. Sesetengah "Melayu" ni... entah dia faham ke tidak apa yang dia perkatakan? Nak kata bodoh... macam mana boleh pegang jawatan dalam PNB?

Mungkin kerana itulah diterbitkan istilah "bangsat"... kerana dia sebenarnya tak bodoh tetapi dia memperkenalkan dan menguatkuasakan polisi yang bodoh tanpa menghiraukan bahawa polisi tersebut sebenarnya menyusahkan serta menyekat kemajuan sebilangan besar bangsanya sendiri. Dalam ertikata lain...

BANGSAT - "Biar bangsa sendiri susah, janji dia senang kerja."



Ini cerita lawak... sampai teman hamba yang berbangsa cina pun tergelak sama bila hamba menceritakan kisah ini kepada mereka.

Berikut adalah kata-kata seorang pegawai PNB di tingkat 7 bangunan PNB (Unit Sijil) kepada hamba apabila permohonan hamba untuk letakkan sebahagian daripada pelaburan Amanah Saham Bumiputra (ASB) hamba yang telah ditukarkan kepada bentuk sijil untuk dijadikan sebagai cagaran untuk mendapatkan kemudahan overdraf bank (OD) ditolak.

"PNB ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu bumiputra khususnya orang 'Melayu' menabung."

Hahaha! Lawaknya kenyataan di atas... Sering kali hamba mendengar cina dan india mengeluh, nasib mereka di bumi ini bagaikan warganegara taraf kelas kedua berbanding bangsa "Melayu". Tapi pada hakikatnya, nasib bangsa "Melayu" tidak jauh berbeza daripada mereka yang bukan berbangsa melayu... dilayan seperti anjing dan kelak akan merempat di bumi sendiri secara mutlak akibat perbuatan sesetengah individu yang mengaku "Melayu" tetapi berpemikiran "BANGSAT" seperti mereka, sesetengah pegawai yang bertugas di PNB itu.

Hamba tak nafikan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah banyak membantu bumiputra khususnya orang melayu dalam usaha menabung. Pelaburan PNB khususnya Amanah Saham Bumiputra (ASB) menawarkan kadar pulangan (dividen) yang tinggi berbanding pelaburan-pelaburan lain, kira-kira 7% hingga 10% setiap tahun. Tetapi hamba musykil, adakah orang melayu diharapkan mampu menyara diri sepenuhnya dengan setakat kadar pulangan tersebut? Apatah lagi untuk menyara keluarga atau menyara perniagaan... tentu jauh sekali. Sebagai contoh, katakanlah seseorang itu ada pelaburan RM 100,000 untuk satu tahun kitar kewangan yang lengkap. Ini hanya membuahkan pulangan dividen kira-kira RM 7,000 - 10,000 setahun bergantung kepada peratusan yang diumumkan pihak PNB pada akhir kitar kewangan tersebut.

  1. Realitinya berapa ramai orang Melayu yang dah capai nilai pelaburan lebih dari RM 100,000 dalam akaun ASB nya?
  2. Realitinya berdasarkan kiraan contoh di atas, pulangan dividen tersebut adalah kira-kira RM 583 - RM 833 sebulan. Mana cukup dalam zaman sekarang ini yang serba inflasi, lagi-lagi kalau menetap di tengah bandaraya yang pesat? Kalau makan gaji tiap-tiap bulan macam pegawai-pegawai PNB yang membesarkan bontot duduk di atas kerusi pejabat yang empuk lagi di dalam bangunan yang berhawa dingin tu, lainlah... mungkin cukup sebagai sumber pendapatan tambahan? Tetapi bagi petani kecil-kecilan seperti hamba ni yang baru memulakan perusahaan, nak jadikan modal pusingan pun tak lepas kalau tak diberikan bantuan dalam bentuk yang lain.
Justeru itu, PNB telah memperkenalkan pelaburan ASB boleh ditukarkan kepada bentuk sijil supaya boleh dijadikan sebagai cagaran kepada kemudahan bank overdraf (OD) atau pinjaman bank dan sebagainya untuk mereka yang berani menjadi pengusaha dan peniaga, dengan niat tidak bergantung harap semata-mata kepada pulangan pelaburan PNB sahaja. Hamba akui langkah ini adalah baik, tetapi hamba dapati ada syarat-syarat yang diperkenalkan baru-baru ini untuk memohon kemudahan tersebut bersifat "double standard" dan menyekat kemajuan sesetengah Melayu khususnya dari kalangan petani kecil-kecilan, lantas menimbulkan isu ertikata "bangsat" seperti yang ditakrifkan di atas yang boleh ditujukan kepada sesetengah pegawai PNB.

Syarat baru yang dimaksudkan untuk melengkapkan dokumen permohonan dan mendapat kelulusan supaya pelaburan tersebut boleh dijadikan sebagai cagaran, adalah untuk mengemukakan lesen perniagaan oleh majlis perbandaran tempat beroperasi. Ini tidak menjadi masalah kepada pengusaha yang memang beroperasi di atas premis-premis kedai yang sedia ada seperti pengusaha kafe, restoran, dobi, kedai runcit, pejabat urusan dan sebagainya, kerana majlis perbandaran memang telah menyenaraikan lesen perniagaan untuk perusahaan-perusahaan tersebut. Tetapi ianya menimbulkan masalah kepada petani kecil-kecilan seperti hamba yang beroperasi di atas lot-lot tanah sedangkan hamba juga telah menabur modal yang banyak di samping keringat titik peluh hamba untuk mengusahakan lot tanah tersebut daripada ianya terbiar dipenuhi lalang dan semak samun. Hamba tanya kat majlis perbandaran untuk dapatkan lesen perniagaan... majlis perbandaran tanya hamba balik "Perlu ada lesen ke untuk pertanian?". Kalau dah pegawai PNB tak tahu, pegawai majlis perbandaran pun tak tahu... hamba lagi laa tak tahu!

Tak ke bodoh namanya tu? Pegawai PNB yang memperkenalkan syarat bodoh tersebut mana tahu perkara ni semua, pasal depa tak turun padang dan tak akan turun dari kerusi pejabat yang empuk di bangunan PNB yang berhawa dingin tu untuk membuat tinjauan dan mengesahkan samada seseorang itu benar-benar menjalankan perusahaan yang sahih. Inilah masalah dan malang nasib bangsa Melayu dilahirkan dengan individu-individu yang mengaku dirinya "Melayu", yang diamanatkan untuk menjaga kepentingan "Melayu" melalui pertubuhan seperti PNB, namun bermentalitikan "makan gaji".- BANGSAT

Penyudahnya, hamba terpaksa keluarkan sebahagian daripada tabungan / pelaburan dari akaun ASB hamba untuk meneruskan perusahaan kecil-kecilan hamba setelah permohonan sijil ASB hamba untuk dijadikan cagaran kepada OD telah ditolak. Bukankah ianya bercanggah dengan kenyataan awal pegawai PNB yang dimaksudkan tadi?

"PNB ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu bumiputra khususnya orang 'Melayu' menabung."

Macam mana nak tolong orang Melayu menabung kalau nak memohon pelaburan dijadikan sebagai cagaran pun tak boleh dilepaskan oleh PNB? Takan nak pinjam "Along" plak dak? Nak tak nak... terpaksa juga keluarkan duit tabungan / pelaburan tadi.

Kenapa lah "Melayu" sering dilahirkan dengan orang-orang haprak yang suka mengeluarkan kenyataan bodoh retorik dan memalukan bangsa sendiri, seperti sesetengah pegawai PNB yang dimaksudkan? Apa boleh buat? Dah nasib bangsa "Melayu" malang... hamba hanya mampu tersenyum dan tergelak kecil apabila mengenangkan peristiwa di atas... Melayu! Oh Melayu! Apalah Bala Nasib Bangsa Ku?

4 comments:

  1. Saya bersimpati dengan saudara. Namun saya bangga saudara tidak lama dihambat rasa kecewa dengan PNB. Kasihan Melayu. Satu-satunya kaum di Malaysia ini yang dikritik teruk oleh Melayu sendiri. Ada kaum Cina dan India kritik kaum sendiri macam Melayu kritik Melayu? Tiada. Mungkin kalau ada pun, orang Melayu tak faham sebab tak faham Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Malaysia Nanban dan lain2.

    Tapi saya percaya, di sebalik kritikan dalaman dan luahan rasa kecewa ahli kaum Melayu, terselit niat murni supaya Melayu bangun dan berjaya. Itulah pun tujuan kritikan membina kan?

    Saya percaya kemudahan sijil pelaburan digunakan sebagai cagaran dah cukup bagus. Cumanya tang pemprosesan permohonan yang nampaknya pincang. Lesen bukanlah penentu mutlak kegiatan ekonomi pemohon. Banyak lagi dokumen lain yang boleh dikemukakan, mungkin secara kolektif, untuk membuktikan satu2 kegiatan ekonomi pemohon. Tak merayu ke saudara? Kan dah susut tabungan saudara tu.

    Takde KPI ke mereka ini?

    ReplyDelete
  2. Jangan salah faham sedara. Mereka yang hamba kritik ni, bagi hamba tak layak dipanggil "Melayu" pun. *chuckles

    ReplyDelete
  3. MEREPEK APE BENDA KALU XSUKA PNB HAWAT MELABOR KAT SANA ...TAK MASUK AKAL ....MCM LUDAH ATAS TERKENA MUKA SENDIRI JE APE2 LAH

    ReplyDelete
  4. Hahaha!!! murray ni satu lagi spesis manusia tolol yang ngaku melayu. Baca laa betul-betul... ada aku kata aku tak suka PNB? Aku kata aku tak suka sesetengah pegawai yang bekerja dalam PNB kerana sikap malas dan tolol mereka macam murray ni.

    Adusss!!! Apasal laa ada spesis "melayu" haprak camni? Melayu sebegini seringkali ingat bila dah kerja ngan PNB... kira PNB tu serupa bapak dia yang punya padahal bukan mereka yang mula-mula mengasaskan PNB dan merangkakan matlamatnya... Itulah sebabnya banyak badan yang sepatutnya menolong dan menjaga kepentingan orang Melayu telah terkesimpang dan lari dari matlamat asalnya akibat spesis "melayu" haprak macam murray dan sesetengah pegawai kat PNB tu... Hahaha!!!

    hai Melayu... oh Melayu... malang nasib mu menerima segelintir keturunan haram jadah yang malas dan tolol sampai walaupun membaca tapi masih tak faham dan sewenang-wenangnya mengubah matlamat sesuatu piagam untuk menyenangkan kerja mereka atau untuk menjaga kepentingan mereka. Ni bukan spesis "melayu" haprak lagi... ni dah kira spesis "melayu" HARAM JADAH!!! isk...isk...isk

    ReplyDelete